Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemeriksaan jemaah haji Malaysia dipermudahkan

    KUALA LUMPUR, Sept 28 – Jemaah haji Malaysia bakal mendapat kemudahan pemeriksaan Imigresen Arab Saudi di KLIA di masa depan berikutan  cadangan kerajaan negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama melaksanakan program pra-pelepasan untuk jemaah haji di negara asal.

    Sekiranya kemudahan itu disediakan di negara ini, jemaah haji Malaysia tidak lagi perlu melalui pemeriksaan imigresen di lapangan terbang di Arab Saudi dan ia boleh mempercepatkan urusan perjalanan mereka untuk ibadah haji.

    Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan yang membayangkan kemungkinan itu, berkata kemudahan itu bakal disediakan di Malaysia di masa depan susulan daripada kejayaan satu program perintis pra-pelepasan Imigresen Arab Saudi yang dilaksanakan pada musim haji baru-baru ini.

    Bercakap kepada pemberita menerusi penterjemah, di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi yang ke-87, di sini Rabu malam, beliau berkata komitmen Malaysia dalam merealisasikan program perintis selama lima hari bermula 24 Ogos lepas di KLIA dan melibatkan 112 penerbangan itu adalah amat dipuji oleh Kerajaan Arab Saudi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda