Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Pemeriksaan kesihatan bagi bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi Musim Haji Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi akan dilaksanakan bermula 24 Januari.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan pendaftaran pemeriksaan akan dibuka dari 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Bagi Daerah Tutong, pemeriksaan kesihatan dijalankan pada 24 hingga 26 Januari di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Daerah Belait ia akan diadakan di Hospital Suri Seri Begawan pada 28, 30 dan 31 Januari; Daerah Temburong di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam pada 1 Februari; dan Daerah Brunei dan Muara pada 2 Februari di Klinik Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji, Tingkat 5, Blok 2G:01 Kondominium Ong Sum Ping.

    Sehubungan itu, pihak Jabatan Urusan Haji akan menghubungi bakal-bakal jemaah haji melalui panggilan telefon untuk memaklumkan tarikh bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Bakal-bakal jemaah haji adalah dikehendaki untuk membawa bersama kad pintar, kad BruHims, Buku Rekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan Haji bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam (jika ada), buku suntikan berwarna kuning (jika ada) dan kad perjanjian masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...