Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Pemerintah TUDB dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang

Oleh Salawati Haji Yahya

SINGAPURA, 12 MEI – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim telah dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) [MSM(M)] oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Dr Hajah Halimah binti Yacob, kelmarin.

Pingat berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen pada majlis yang diadakan di Kementerian Pertahanan Republik Singapura.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif menyifatkan penerimaan anugerah itu sebagai penghormatan yang luar biasa, kerana ia mewakili hubungan rapat TUDB yang telah lama terjalin dengan Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan juga pengiktirafan atas jasa perkhidmatan bukan sahaja untuk dirinya, malah bagi pegawai, juruterbang, lelaki dan wanita TUDB.

Sebelum majlis penyampaian pingat tersebut, pemerintah TUDB telah memeriksa barisan kawalan kehormatan dan membuat kunjungan hormat kepada TYT Dr Ng Eng Hen; Pemerintah Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Pemerintah Tentera Udara Republik Singapura, Mejar Jeneral Kelvin Khong.

Pemerintah TUDB sedang berada di Republik Singapura dari 10 hingga 13 Mei bagi lawatan pengenalan di mana beliau akan meninjau 126 Skuadron di Pangkalan Udara Sembawang, Air Power Generation Centre di Pangkalan Udara Changi, UAV Command di Pangkalan Udara Tengah dan Singapore Air Traffic Control Centre.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif, TYT Dr Ng Eng Hen semasa sesi bergambar ramai selepas acara penyampaian pingat baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -