ACEH, Indonesia, 30 Mei – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, telah mengadakan lawatan ke Nanggroe Aceh Darussalam, Republik Indonesia bermula pada 26 hingga kelmarin untuk pembahagian bantuan derma kepada anak-anak yatim dan penduduk Aceh sempena bulan Ramadan tahun 1440H.
Bantuan derma termasuk kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berupa kurma ‘Safawi’ dan Al-Quran ‘Mushaf Al-Watsiqa Billah’ serta sumbangan derma daripada warga Kementerian Pertahanan dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Lawatan tersebut merupakan aktiviti rutin yang dikendalikan oleh ABDB, di mana pada tahun lalu lawatan telah dibuat oleh pemerintah ABDB.
