Pemikiran jelas kunci bangkit semula – Murray

ABU DHABI, 19 DIS – Andy Murray percaya dia bermain dengan lebih ‘jelas’ dan mempunyai idea yang lebih baik tentang cara dia perlu bersaing menentang pemain terbaik ketika dia menghampiri musim baharu dengan tujuan dan keyakinan yang diperbaharui.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, merosot ke 134 dalam ranking, mempunyai hujung minggu yang positif di Abu Dhabi, di mana dia meraih dua kemenangan ke atas Dan Evans dan Rafael Nadal sebelum tewas kepada Andrey Rublev dalam perlawanan akhir kejohanan pameran

Murray, berusia 34 tahun, yang cuba mencatat kepulangan semula yang tidak pernah dilancarkan oleh pemain yang mempunyai pinggul logam, menghadapi kesukaran untuk mencari prestasi terbaiknya menentang pemain terbaik musim lalu, tetapi menamatkan 2021 dengan beberapa keputusan yang memberangsangkan, termasuk dua kemenangan 10 teratas ke atas Hubert Hurkacz dan Jannik Sinner.

“Saya rasa sekarang saya lebih jelas dalam fikiran saya tentang bagaimana saya akan bermain dan cara saya menghadapi perlawanan saya pada tahun depan,” kata Murray kepada pemberita di Abu Dhabi kelmarin

“Membuat keputusan datang daripada fikiran yang jelas dan cara awda mahu bermain dan pada masa ini saya cukup pasti mengenainya dan saya percaya itu akan membantu saya pada saat-saat penting.” – AFP

Juara Andrey Rublev dan Naib Juara Andy Murray memegang trofi mereka semasa majlis anugerah selepas perlawanan akhir Kejohana Tenis Dunia Mubadala kelmarin. – AFP