Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Pemilihan awal wakil qari, qariah bermula

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa untuk pemilihan awal bagi mencari wakil qari dan qariah yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Syarat-syarat kelayakan bagi menyertai musabaqah tersebut hendaklah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang kad pengenalan warna kuning), beragama Islam dan bermazhab Syafi’ee Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    Di samping itu, peserta juga hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebih 40 tahun semasa mendaftar.

    Pemilihan awal peringkat masjid akan diadakan dari 21 hingga 31 Ogos di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh Negara.

    Borang penyertaan telah diedarkan bermula 8 Julai hingga 17 Ogos ini.

    Borang penyertaan boleh diperoleh di Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Kampung Sumbiling atau di pejabat-pejabat Hal Ehwal Masjid di semua daerah dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar tidak lewat dari hari Khamis, 17 Ogos, jam 4 petang.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus kepada Setiausaha Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Zon dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Azmi bin Haji Abidin melalu talian 2223277 pada waktu pejabat atau 8766087.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lelaki hilang pekerjaan, rehat lama dalam tandas

    CHINA, 9 JUN - Seorang lelaki China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja antara 47 minit...
    - Advertisment -