Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilihan presiden India cetus perang ideologi

    NEW DELHI – Pemilihan presiden India nampaknya semakin bertukar kepada perang ideologi dengan adanya dua petanding utama dari komuniti Dalit yang dipinggirkan yang berharap untuk memenangi jawatan itu.

    Di bawah sistem pemilihan yang kompleks, anggota parlimen India dan ahli legislatif negeri akan memilih pemenangnya tidak lama lagi.

    Parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) bulan lepas bertindak menamakan Ram Nath Kovind, pemimpin Dalit dan gabenor negeri Bihar sebagai calonnya untuk menggantikan Presiden Pranab Mukherjee, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 24 Julai ini.

    Beberapa parti merungut BJP tidak memenuhi janji iaitu mendapatkan persetujuan untuk calon bagi jawatan tertinggi di India.

    Pencalonan Kovind dilihat sebagai langkah bijak BJP untuk menonjolkan parti itu sebagai parti yang prihatin dengan komuniti Dalit dan bukan semata-mata untuk golongan kasta tinggi Hindu.

    Parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) bulan lepas bertindak menamakan Ram Nath Kovind, pemimpin Dalit dan gabenor negeri Bihar sebagai calonnya untuk menggantikan Presiden Pranab Mukherjee, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 24 Julai ini.
    Parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) bulan lepas bertindak menamakan Ram Nath Kovind, pemimpin Dalit dan gabenor negeri Bihar sebagai calonnya untuk menggantikan Presiden Pranab Mukherjee, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 24 Julai ini.

    Memandangkan masyarakat Dalit mempunyai pengaruh penting yang boleh menukar keputusan pemilihan di banyak bahagian India, tindakan BJP dianggap sebagai strategi yang baik untuk pilihan raya umum pada 2019.

    Pesaing BJP tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah yang sama. Sebanyak 17 parti pembangkang turut memilih calon Dalit yang dikenali dan dihormati ramai.

    Meira Kumar adalah seorang diplomat sebelum menjadi ahli politik dan beliau juga bekas speaker Lok Sabha, dewan perwakilan parlimen India.

    kedua-dua Meira dan Kovind berusia dalam lingkungan 70-an. Meskipun sebaya dan dari kasta yang sama, kedua-dua tokoh ini amat berbeza dari segi budaya politik serta pendirian ideologi.

    Kovind dikenali sebagai seorang yang menyokong politik tegar Hindutva BJP dan pemimpin ideologinya Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) sementara Meira pula menekankan kepada keadaan masyarakat India yang pelbagai.

    Berdasarkan perkiraan pemilihan, BJP serta sekutunya mempunyai kelebihan untuk membolehkan Kovind menjadi presiden baru India. Kovind yang berasal dari komuniti Koli akan muncul sebagai Dalit kedua untuk menjadi Presiden India selepas K.R. Narayanan.

    Bagaimanapun, parti pembangkang yang menguasai Kongres belum bersedia untuk mengaku kalah dan Meira memberi cabaran hebat kepada Kovind dengan pelbagai kempen untuk mendapatkan sokongan.

    Meira tidak mahu pertandingan itu diibaratkan “Dalit menentang Dalit” dan menolak anggapan bahawa beliau digunakan sebagai kambing hitam.

    “Isu Dalit dibangkitkan apabila berlaku pemilihan untuk jawatan paling tertinggi. Sebelum ini, kemampuan, ketokohan serta pencapaian calon dibincang dan tidak ada siapa yang bercakap tentang kasta mereka,” kata Meira dalam kempennya.

    Pemilihan presiden India nampaknya semakin bertukar kepada perang ideologi dengan adanya dua petanding utama dari komuniti Dalit yang dipinggirkan yang berharap untuk memenangi jawatan itu.
    Pemilihan presiden India nampaknya semakin bertukar kepada perang ideologi dengan adanya dua petanding utama dari komuniti Dalit yang dipinggirkan yang berharap untuk memenangi jawatan itu.
    Berdasarkan perkiraan pemilihan, BJP serta sekutunya mempunyai kelebihan untuk membolehkan Kovind menjadi presiden baru India. Kovind yang berasal dari komuniti Koli akan muncul sebagai Dalit kedua untuk menjadi Presiden India selepas K.R. Narayanan.
    Berdasarkan perkiraan pemilihan, BJP serta sekutunya mempunyai kelebihan untuk membolehkan Kovind menjadi presiden baru India. Kovind yang berasal dari komuniti Koli akan muncul sebagai Dalit kedua untuk menjadi Presiden India selepas K.R. Narayanan.

    Peluang untuk Meira menang mungkin tipis tetapi bagi Kumar pemilihan presiden kali ini lebih kepada perang ideologi dan mempertaruhkan prinsip demokrasi India iaitu kebebasan bersuara, agama, kesamaan dan keadilan.

    “Sesiapa yang memperjuangkan ideologi bukanlah kambing hitam. Saya adalah seorang pejuang dan saya pasti ramai yang akan menyertai saya dalam perjuangan ini,” katanya.

    Dalam melahirkan kebimbangannya mengenai rusuhan serta keganasan yang semakin berleluasa, Kumar berkata : “Kami jangkakan keadaan mendatang akan menjadi genting.”

    Ketika berkempen, Kovind menegaskan beliau akan menjadi presiden yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

    “Saya akan berusaha untuk memastikan jawatan presiden ini tidak dipengaruhi politik. Saya akan melakukan yang terbaik supaya semua rakyat mendapat keadilan dalam sistem sosio-ekonomi. Saya akan cuba pastikan tidak ada diskriminasi berdasarkan kasta, jantina, kaum, agama serta wilayah,” katanya.

    Presiden India secara umumnya memang berkecuali daripada politik dan sebagai ketua negara tetapi apa yang berlaku keputusan serta pandangan politiknya boleh memberi kesan kepada politik kerajaan yang memerintah negara dalam banyak segi.

    Dalam keadaan genting, keputusan yang dibuat presiden boleh menentukan siapa yang memerintah negara dan sebarang penangguhan kelulusan kepada perundangan boleh menjejaskan kerajaan.

    Keadaan semasa politik India yang bergelora dengan pertarungan sengit antara BJP dan seterunya untuk menguasai negeri-negeri di India akan memastikan presiden baru negara itu memegang lebih banyak kuasa daripada hanya dilihat sebagai ketua negara semata-mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda