Pemilihan presiden Niger bermula

NIAMEY, 21 FEB – Niger keluar mengundi hari ini dalam pemilihan presiden antara dua tokoh berpengaruh politik yang akan mewujudkan peralihan kuasa demokratik pertama dalam sejarah ne-gara yang dilanda rampasan kuasa itu.

Negara termiskin di dunia menurut pembangunan PBB yang merangkumi 189 negara, Niger juga bergelut dengan pemberontakan.

Hanya 7.4 juta daripada 22 juta penduduk di negara itu layak mengundi hari ini selebihnya di bawah umur.

Ribuan askar dikerahkan ke seluruh negara untuk mengawal acara undian, penyerahan aman antara presiden terpilih, yang pertama sejak kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1960.

Keputusan Presiden Mahamadou Issoufou yang mengundurkan diri secara sukarela setelah 10 tahun memerintah telah dialu-alukan di rantau yang di mana ramai pemimpin yang tidak mahu melepaskan jawatan. – AFP