Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pemilihan presiden Perancis pusingan kedua bermula

    PARIS, 24 APRIL – Pemilihan Presiden Perancis 2022 pusingan kedua bermula pada 8 pagi waktu tempatan (0600 GMT) pada Ahad menyaksikan persaingan antara penyandang Presiden Emmanuel Macron pencabarnya Marine Le Pen.

    Pengundi luar negara sudah mengundi pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.

    Berdasarkan keputusan pusingan pertama dikeluarkan Majlis Perlembagaan Perancis, Macron mendahului dengan 9,783,058 undi atau 27.85 peratus manakala Le Pen mendapat 8,133,828 undi atau 23.15 peratus.

    Pemilihan pusingan pertama diadakan pada 10 April lepas yang menyaksikan 35,923,707 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan