Pemilik Brighton mahu tiada penyingkiran

LONDON, 19 APRIL Pemilik Brighton, Tony Bloom percaya bahawa penyingkiran sepatutnya ditiadakan jika Liga Perdana Inggeris tidak boleh dihabiskan, mendakwa ia akan ‘tidak dapat diduga’ bahawa sebuah kelab akan kehilangan ‘0.2 mata’.

Liga Perdana Inggeris, sama seperti liga di seluruh Eropah dan dunia, telah digantung lebih dari sebulan kerana wabak koronavirus.

Kebanyakan pasukan di liga utama mempunyai baki sembilan perlawanan dengan 30 Jun disebut-sebut sebagai potensi hari terakhir penghujung musim ini. “Saya tidak melihatnya begitu, jika musim ini tidak dimainkan, pasukan akan di-singkirkan mengikut mata per perlawanan,” kata Bloom.

“Saya bukan saja berfikir ia adalah tidak diduga bahawa sebuah pasukan tidak dibenarkan untuk bermain baki musim ini akan kehilangan 0.2 mata menurut sistem ini, dan ia tidak mengambil kira kekuatan pasukan yang anda belum hadapi.”

Jika musim ini ditamatkan awal, Brighton akan kekal dengan dua mata dari zon penyingkiran. Bournemouth, Aston Villa dan Norwich berada di zon penyingkiran semasa liga dihentikan. – AFP