Pemilik disiasat selepas anjing bunuh budak 9 tahun

LONDON, 14 April – Seorang pemilik anjing di Britain telah disiasat selepas haiwan peliharaannya itu membaham hingga mati budak lelaki berusia 9 tahun di taman percutian English.

Polis berkata hari ini wanita tersebut telah dibebaskan namun masih disiasat atas kes kematian orang dan mempunyai anjing berbahaya yang hilang kawalan.

Menurut polis, anjing jenis bulldog yang mengakibatkan budak lelaki itu maut pagi kelmarin. Haiwan itu telah ditempatkan di rumah anjing sehingga siasatan dijalankan.

Insiden itu berlaku di Taman Percutian Tencreek, terletak 400km barat daya pantai London.

Taman itu berkata perkhidmatan kecemasan telah dihubungi namun budak lelaki itu diumumkan mati di tempat kejadian. – AP