Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemilik haiwan perlu bertanggungjawab

    Baru-baru ini tular satu perkongsian video beberapa ekor arnab yang dikatakan dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan Kampung Badas, Lumut di laman media sosial.

    Meskipun arnab-arnab yang dibuang itu telah diambil oleh orang lain, persoalan di sini kenapa sanggup membuangnya?

    Jika berniat hendak melepaskan ke alam liar kerana tidak mampu menjaganya, bukankah ada inisiatif lain untuk melepaskan tanggungan menjaga arnab-arnab berkenaan dengan memberikan kepada mereka yang mengkehendakinya?

    Sebagai contoh menawarkan arnab-arnab itu di laman-laman media sosial bagi sesiapa yang mahu menjaganya.

    Jika dibuang begitu saja, bukankah ia menyiksa dan menganiayai binatang? Sebaiknya pihak tidak bertanggungjawab itu berfikir dulu sebelum melakukannya.

    Dalam kesempatan ini juga, saya cuba mengaitkan perihal anjing-anjing liar yang semakin berleluasa di negara ini terutama di kawasan-kawasan kampung.

    Serba sedikit yang saya ketahui, wujudnya anjing-anjing liar ini bermula daripada pemilik-pemilik haiwan yang membuang haiwan peliharaan mereka kerana sudah tidak mampu menjaganya.

    Mereka yang tidak bertanggungjawab akan berasa senang kerana sudah tidak terkait dengan beban menjaga haiwan peliharaan. Namun ia menyusahkan orang awam kerana kehadiran haiwan liar khususnya anjing-anjing ini menganggu ketenteraman awam.

    Bila cuba dibangkitkan perkara ini, pasti ada yang cuba mempertahankan anjing-anjing liar ini, namun apabila haiwan-haiwan itu bertindak agresif pihak yang mempertahankan ini hilang entah ke mana.

    Suara awam

    Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial menujukkan sekumpulan arnab dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...