Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemilik kelab malam Thailand ditahan

    BANGKOK, 7 OGOS – Polis Thailand telah menahan pemilik kelab malam berhubung kejadian kebakaran di sebuah lokasi yang mengorbankan 15 pengunjung, kata pegawai hari ini.

    Kebakaran berlaku sekitar 1 pagi Khamis lalu di Daerah Sattahip, wilayah Chonburi, kira-kira 150km tenggara Bangkok. Pada Sabtu, jumlah kematian meningkat kepada 15, dengan kebanyakan mangsa ditemui bersesak-sesak di pintu masuk kelab dan di bilik air, dengan badan mereka terbakar teruk, kata perkhidmatan penyelamat.

    Seorang pegawai polis kanan di wilayah Chonburi mengesahkan hari ini yang pemilik kelab Pongsiri Panprasng telah menyerah diri selepas waran tangkap dikeluarkan.

    “Dia kekal ditahan dan polis akan meminta kebenaran mahkamah esok untuk menahannya semasa kami menyiasat kes itu,” ujarnya kepada AFP.

    Lelaki berusia 27 tahun itu akan berdepan beberapa dakwaan, kata pegawai polis termasuk menyebabkan kematian dan bertindak cuai dalam mengoperasi pub tanpa lesen.

    Menyebabkan kematian dengan kecuaian boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga AS$5,000. Busa akustik yang mudah terbakar di dinding kelab itu telah mempercepatkan kebakaran dan ia mengambil masa tiga jam untuk anggota bomba memadam kebakaran, kata perkhidmatan penyelamat Jumaat lalu. – AFP

    Polis dilihat di luar kelab malam di wilayah Chonburi pada 5 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...