Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan pihak Pasukan Polis Diraja Brunei untuk melanjutkan penyiasatan ke atas seorang lelaki tempatan yang memiliki senjata api buatan sendiri.
Dalam pertuduhan kes ke atas Norfadzillah bin Abdul Rahman, 32, Timbalan Pendakwa Raya Fitri Kiprawi mendakwanya memiliki senapang buatan sendiri dalam kenderaan di sebuah rumah di Jalan Kecil Birau, Tutong pada jam 7:58 pagi pada 11 Januari lalu.
Pertuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun dan sebatan antara tiga hingga 12 kali. Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim turut memerintahkan tertuduh direman lanjut dan menangguhkan kes sehingga 16 Januari.