Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pemimpin Afghanistan puji ‘keselamatan’ di bawah Taliban

    KANDAHAR, AFGHANISTAN, 1 MEI – Pemimpin agung Afghanistan muncul di khalayak umum buat kali kedua dalam tempoh enam tahun hari ini, dan memaklumkan Taliban sudah mencapai kebebasan dan keselamatan sejak merampas kuasa tahun lalu.

    Beliau yang dikenali sebagai Hibatullah Akhundzada, ketua Taliban, berucap hanya beberapa hari selepas insiden letupan bom di sebuah masjid di Kabul, dilihat dikawal ketat pasukan keselamatan.

    “Tahniah atas kemenangan, kebebasan dan kejayaan. Tahniah atas keselamatan dan sistem Islam,” katanya kepada ribuan umat Islam di masjid Eidgah di bandar Kandahar, yang juga pusat pemerintahan kumpulan Islam itu.

    Meskipun jumlah insiden pengeboman sudah berkurangan sejak Kabul dirampas Taliban pada Ogos tahun lalu, jumlah serangan meningkat sejak dua minggu terakhir Ramadan, yang berakhir semalam bagi penduduk Afghanistan.

    Puluhan orang awam terbunuh dalam serangan itu, dengan ada antaranya disahkan dilaksanakan oleh IS, yang menyasarkan komuniti Syiah dan Sufi.

    Insiden letupan Jumaat lalu meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa. – AFP

    Pejuang Taliban mengawal jemaah Islam semasa menunggu solat Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di Eidgah di Kandahar pada 1 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...