Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pemimpin asing ucap takziah kepada Korea Selatan

    SEOUL, 30 OKT – Pemimpin-pemimpin dunia mengucapkan takziah kepada Korea Selatan susulan kejadian rempuhan ketika perayaan Halloween di Itaewon, Seoul yang mengorbankan sekurang-kurangnya 153 orang, lapor agensi berita Yonhap.

    “Kami turut berdukacita bersama rakyat Korea Selatan dan semoga mereka yang cedera cepat sembuh,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam satu kenyataan.

    Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menerusi ciapannya di Twitter berkata, “Kami bersama semua rakyat Korea Selatan ketika saat yang sangat menyedihkan ini.”

    Menerusi mesej yang ditulis dalam bahasa Perancis dan Korea, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, “Saya mengucapkan takziah kepada warga Seoul dan rakyat Korea Selatan susulan tragedi Itaewon. Perancis bersama awda.”

    Canselor Jerman, Olaf Scholz menerusi Twitter berkata, “Sangat sedih dengan peristiwa tragis menimpa Seoul dan menyifatkan hari yang memilukan buat Korea Selatan.”

    Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese juga menyampaikan ucapan takziah.

    Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell berkata, “Sangat sedih dengan peristiwa mengerikan di Seoul. Perayaan bertukar menjadi tragedi dengan ramai golongan muda menjadi korban. Kami bersama rakyat Korea Selatan pada saat yang sukar ini.”

    Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dalam ciapannya di Twitter menyuarakan harapannya mereka yang cedera cepat pulih dan AS bersedia memberi sebarang bantuan yang diperlukan.

    Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan yang terlibat serta kepada rakyat Korea Selatan di saat mereka meratapi tragedi ngeri ini.”- Bernama

    Anggota polis mengawal tempat kejadian di mana sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan ketika perayaan Halloween.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...