Pemimpin Belarus angkat sumpah secara rahsia

MINSK, 23 SEPT – Presiden Belarus, Alexander Lukashenko telah mengangkat sumpah buat penggal keenam dalam upacara rahsia yang diadakan tanpa membuat pengumuman, lapor agensi berita negara itu, Belta hari ini.

Lukashenko telah berdepan dengan tentangan hebat ke atas pemerintahannya di Minsk dan bandar-bandar lain sejak meraih kemenangan dalam pilihan raya yang dipertikaikan pada 9 Ogos, dan jarang dilihat membuat kemunculan di tempat awam.

“Alexander Lukashenko telah dilantik sebagai presiden Belarus. Upacara pelantikan yang berlangsung ketika ini di Istana Kemerdekaan,” menurut laporan agensi berita.

Agensi berita bebas sebelum ini melaporkan bahawa jalan-jalan telah ditutup ketika kenderaan bermotor Lukashenko melintasi ibu kota Minsk, yang meningkatkan spekulasi bahawa upacara pelantikan akan berlangsung, sementara tidak ada sebarang pengesahan rasmi.

Laman web pejabat Lukashenko tidak membuat sebarang pengumuman dan upacara tersebut tidak disiarkan secara langsung ke siaran televisyen negara, yang dilihat sebagai ingin mengelak pembantah mengadakan perhimpunan.

Pemimpin berusia 66 tahun, berkuasa sejak 1994, melihat satu perhimpunan bantahan menerusi helikopter, menyifatkan bantahan sebagai ‘tikus’ dan kemudian turun dengan rompi kalis peluru, membawa Kalashnikov.

Dia telah meminta sokongan dari presiden Rusia, Vladimir Putin yang telah menjanjikan bantuan penguatkuasaan undang-undang jika diperlukan serta membuat pinjaman sebanyak AS$1.5 bilion. Pihak pembangkang utamanya, Svetlana Tikhanovskaya, mendakwa dia telah memenangi pilihan raya tetapi mengambil perlindungan di Lithuania, sementara Lukashenko di penjara atau diusir keluar oleh tokoh pembangkang yang lain. – AFP

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mengangkat sumpah buat penggal keenam dalam upacara rahsia yang diadakan tanpa membuat pengumuman.- AP