Pemimpin Chile akui guna kekerasan berlebihan

SANTIAGO, CHILE, 19 NOV – Presiden Chile berusaha untuk membawa ketenangan ketika tunjuk perasaan di jalan-jalan berlaku lagi kelmarin, selama sebulan pergerakan bantahan telah mengubah landskap politik negara Amerika Selatan.

Lebih banyak bantahan meletus selepas Presiden Sebastian Pinera mengakui Ahad lalu, bahawa kekerasan berlebihan telah digunakan untuk menangani penunjuk perasan dengan tuntutan sosial yang sah. Beliau berkata kekerasan telah dilakukan dan berjanji ‘tiada pengampunan’ bagi sesiapa yang melakukan keganasan.

Dua puluh enam orang telah meninggal dunia dalam bantahan yang bermula bulan lalu berikutan peningkatan harga tambang kereta api bawah tanah di Santiago, tetapi memuncak dalam aduan mengenai isu ketidaksamaan yang lebih mendalam.

Beribu-ribu cedera dalam pertempuran dengan polis yang menggunakan senjata pelet yang melepaskan tembakan ke wajah, dengan sekurang-kurangnya 230 orang hilang penglihatan sebelah mata. – AP