Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pemimpin China, Perancis, Jerman bincang isu Ukraine

    BEIJING, 9 MAC – Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Olaf Scholz secara maya kelmarin untuk membincangkan situasi terkini Ukraine.

    “China berpendirian untuk menghormati kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mementingkan keprihatinan keselamatan yang rasional, dan menyokong semua usaha kondusif kepada pendekatan secara damai,” ujar Xi.

    Tegas beliau, keutamaan pada ketika ini adalah untuk mengelakkan ketegangan menjadi semakin meruncing dan sukar dikawal.

    Xi berkata China menghargai jasa baik Perancis dan Jerman dalam isu Ukraine, serta bersedia mengekalkan interaksi dan penyelarasan dengan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus berperanan positif bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa.

    Tambahnya, dunia juga diharap dapat mengambil pandangan keselamatan secara bersama dan bersepadu.

    “China menyokong Perancis dan Jerman mempertimbangkan keamanan Eropah, mempertahankan strategi sendiri, dan mendorong pembentukan kerangka keselamatan Eropah yang teratur, berkesan dan lestari.

    “China juga menyokong dialog yang sama rata diadakan antara EU, Rusia, Amerika Syarikat dan NATO,” kata Xi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...