Pemimpin dunia bincang krisis COVID-19

MADRID, 26 MAC – Pemimpin-pemimpin dunia akan mengadakan perbincangan dalam talian mengenai krisis pandemic koronavirus hari ini, di mana wabak tersebut telah memaksa tiga bilion orang penduduk dunia menjalankan perintah berkurung dan telah meragut lebih dari 21,000 nyawa.

Berikutan wabak tersebut menular di seluruh dunia dengan pantas, pakar berkata dari segi ekonomi, ia mungkin lebih buruk dari zaman kemelesetan ekonomi beberapa tahun lalu.

Di tengah-tengah pertelingkahan di antara ketua China dan Amerika Syarikat (AS) Setiausaha Umum PBB, Antonio Guterres menyeru dunia untuk bertindak bersama menghentikan wabak ini.

“COVID-19 ialah ancaman kepada seluruh manusia – dan seluruh individu perlu bersatu menanganinya,” Guterres berkata, melancarkan rayuan sebanyak AS$2 bilion untuk membantu negara miskin.

“Tindakan global dan perpaduan adalah penting,” katanya. “Tindakan negara secara individu tidak akan mencukupi.”

Seorang pekerja menyembur pembasmi kuman di Manila. Pemimpin-pemimpin dunia akan mengadakan perbincangan dalam talian mengenai krisis pandemik koronavirus di mana setakat ini telah meragut lebih dari 21,000 nyawa. – AP

Perintah berkurung global – yang dikuatkuasa ke atas populasi besar India minggu ini – mengetatkan sekatan dengan Rusia mengumumkan ia akan menggantungkan kesemua penerbangan antarabangsa.

Pakar ekonomi berkata sekatan yang dikenakan di seluruh dunia untuk melawan virus mungkin akan menyebabkan kemelesetan yang teruk dalam sejarah.

Ekonomi G20 akan mengalami ancaman yang tidak pernah berlaku dalam tempoh separuh pertama tahun ini dan akan berlarutan sehingga akhir tahun ini, menurut Moody’s.

Kadar pengangguran dijangka akan meningkat – sebanyak 30 peratus di AS, menurut James Bullard, presiden Rizab Persatuan St Louis.

“Kami rasa kadar pengangguran di zon euro akan meningkat kepada 12 peratus menjelang penghujung Jun, menjejaskan keuntungan selama tujuh tahun dalam tempoh beberapa bulan,” Kata David Oxley dari Capital Economics.

Pemimpin-pemimpin G20 ekonomi terbesar akan mengadakan perjumpaan menerusi dalam talian hari ini.

“Dengan dunia berdepan pandemik COVID-19 dan cabaran kepada sistem kesihatan dan ekonomi global, kami mengadakan sidang kemuncak G20 untuk menyatukan usaha ke arah tindak balas global,” kata raja Arab Saudi menerusi Twitter. Arab Saudi kini memegang jawatan presiden G20 secara bergilir-gilir.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata negara-negara di dunia perlu memberikan soko-ngan kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk negara di Afrika Sahara.

Kesan kemusnahan ke atas negara yang lebih miskin akan dibincangkan hari ini, apabila Filippina mengumumkan bahawa sembilan doktornya telah meninggal akibat jangkitan kontak COVID-19.

Tiga buah hospital besar di Manila berkata minggu ini bahawa mereka telah mencapai kapasiti dan tidak akan menerima kes koronavirus yang baharu.

Beratus-ratus kakitangan kesihatan sedang menjalankan pengasingan diri selama 14 hari selepas disyaki terdedah kepada wabak tersebut, menurut hospital. – AFP