LONDON, 12 SEPT – Ketua-ketua nega-ra asing dan pasangan mereka yang menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II telah dimaklumkan supaya mengadakan penerbangan komersial ke Britain dan mengambil bas untuk sampai ke upacara tersebut.
Kira-kira 500 orang kenamaan asing dijangka menghadiri upacara pengebumian negara pertama Britain dalam enam dekad ketika pegawai melancarkan ‘operasi besar-besaran’ untuk acara tersebut pada 19 September, menurut sumber di Pejabat Komanwel dan Pembangunan Asing kepada AFP.
“Logistik telah dirancang dengan teliti supaya acara berjalan dengan lancar untuk mereka yang hadir,” tambah sumber. Laman web berita Politico melaporkan para hadirin telah diberitahu supaya jangan menggunakan kenderaan mereka untuk menghadiri acara di Westminster Abbey atau mengadakan perjalanan di London dengan helikopter.
Sebaliknya, mereka akan dibawa atau diiringi bas persendirian ke Abbey dari satu lokasi di barat London di mana mereka ditempatkan. – AFP
