Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemimpin dunia kecam letupan di Istanbul

    KARA, 14 NOV – Pemimpin dunia mengecam insiden letupan di Istiklal Avenue Istanbul pada Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 81 yang lain cedera, lapor agensi Anadolu.

    Menurut Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya, letupan itu berlaku sekitar 4:20 petang waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung lokasi kejadian.

    “Kejadian itu berkemungkinan serangan pengganas,” kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dalam sidang media sebelum berlepas ke Bali, Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak G20.

    Naib Presiden Fuat Oktay yang melawat lokasi kejadian berkata seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

    “Saya bersedih mengenai kejadian letupan di Istiklal Avenue di tengah-tengah Istanbul.

    Pakar forensik mengenal pasti mayat selepas letupan di Istiklal Avenue, Istanbul kelmarin. – AP

    “(Kerajaan) dan rakyat Pakistan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkiye atas kehilangan nyawa dan mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih,” menurut ciapan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif di Twitter.

    Presiden Serbia Aleksandar Vucic berkata kejadian itu bukan sahaja mengejutkan penduduk Istanbul, tetapi seluruh dunia.

    Ucapan takziah turut dihantar ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell, Presiden Majlis Eropah Charles Michel, Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.

    “Terkejut dan sedih dengan kejadian letupan di Istanbul, Turkiye petang tadi yang mengakibatkan ramai terkorban.

    “Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan orang tersayang. Doa yang ikhlas untuk mereka yang cedera supaya cepat sembuh,” kata Menteri Luar Macedonia Utara, Nikola Dimitrov.

    Kementerian luar Pakistan, Jordan, Mesir, Arab Saudi, Jerman, India, Bosnia dan Herzegovina serta Greece turut mengucapkan takziah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...