Pemimpin dunia utus tahniah Sempena hari kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah yang telah disembahkan kehadapan majlis Baginda daripada ketua-ketua negara dan kerajaan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37, tahun 2021.

Di antara ketua-ketua negara yang menghantar perutusan tahniah berkenaan ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Kerajaan Arab Saudi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud; Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II; Raja Thailand, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua; Sultan Kesultanan Oman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik; Raja Kemboja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodum Sihamoni; Raja Belgium, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Philippe; Raja Netherlands, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander R.; Raja Norway, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Harald V dan Raja Sweden, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Carl XVI Gustaf.

Turut menghantar perutusan tahniah ialah Amir Qatar, His Higness Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani; Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob; Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Bounnhang Vorachith; Presiden Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Phu Trong; Presiden Amerika Syarikat, TYT Joseph R. Biden; Presiden Persekutuan Rusia, TYT Vladimir Putin; Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping; Gabenor-Jeneral Australia, TYT Jeneral the Honourable David Hurley AC DSC (Retd); The Honourable President of the People’s Republic of Bangladesh, TYT Md. Abdul Hamid; Presiden Republik Islam Pakistan, TYT Dr. Arif Alvi; Presiden Republik India, TYT Ram Nath Kovind; Presiden Republik Turki, TYT Recep Tayyip Erdoğan; Presiden Federal Republik Austria, TYT Alexander Van der Bellen; Presiden Republik Persekutuan Jerman, TYT Frank-Walter Steinmeier dan Presiden Republik Hungary, TYT Janos Ader.

Perutusan tahniah turut diterima daripada Presiden Ireland, TYT Michael D. Higgins; Presiden Republik Itali, TYT Sergio Mattarella; Presiden Republik Portugal, TYT Marcelo Rebelo de Sousa; Presiden The Swiss Confederation, TYT Guy Parmelin; Presiden Republik Tunisia, TYT Kais Saied; Presiden Republik Azerbaijan, TYT Ilham Aliyev; Presiden Republik Kazakhstan, TYT Kassym-Jomart Tokayev; Presiden Republik Kyrgyz, TYT Sadyr Zhaparov; Presiden Republik Arab Mesir, TYT Abdel Fattah Al Sisi; Presiden Republik Demokratik Rakyat Algeria, TYT Abdelmadjid Tebboune; Presiden Republik Burkina Faso, TYT Roch Marc Christian Kabore; Presiden Republik Gabon, TYT Ali Bongo Odimba; Presiden Republik Zambia, TYT Edgar Chagwa Lungu; President of the State of Palestine, Chairman of the Executive Committee of the Palestine Liberation Organization, TYT Mahmoud Abbas dan Administrator of the Government of Canada, His Excellency the Right Honourable Richard Wagner, P.C.

Perutusan tahniah turut diterima daripada ketua-ketua kerajaan seperti Perdana Menteri Republik Singapura, TYT Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Negara Thailand, TYT Jeneral Prayut Chan-o-cha; Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Thongloun Sisoulith; Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Xuan Phuc; Chairman of the State Administration Council, Republic of the Union of Myanmar, Senior General Min Aung Hlaing; Perdana Menteri dan Minister of Interior of the State of Qatar, TYT Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al-Thani; Perdana Menteri Jepun, TYT Yoshihide Suga; The Honourable Prime Minister of the Government of the People’s Republic of Bangladesh, PYT Sheikh Hasina; dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, TYT Imran Khan.

TYT Joseph R. Biden
PYT Halimah Yacob
TYT Ram Nath Kovind