Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pemimpin Eropah berkunjung ke Ukraine sebagai tanda sokongan

    KYIV, UKRAINE, 16 JUN – Pemimpin Perancis, Jerman dan Itali melawat Kyiv kelmarin bagi menunjukkan sokongan Eropah terhadap Ukraine, ketika Rusia melancarkan serangan kejamnya di timur negara itu.

    Presiden Perancis, Em-manuel Macron, Canselor Jerman, Olaf Scholz, dan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi tiba di ibu negara Ukraine dengan menggunakan kereta api dari Poland, menurut seorang wartawan AFP yang dalam perjalanan bersama mereka.

    Ditanya oleh seorang wartawan mengapa beliau datang ke Ukraine, Macron berkata: “Sebagai pesanan kepada perpaduan Eropah.”

    Scholz memberitahu harian Jerman Bild bahawa mereka “mahu menunjukkan bukan sahaja solidariti, tetapi juga memastikan bantuan yang kami anjurkan seperti kewangan, kemanusiaan, dan senjata akan diteruskan”.

    Ia adalah kali pertama pemimpin tiga negara Kesatuan Eropah (EU) melawat Kyiv sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari lalu.

    Mereka dijangka bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, di saat Kyiv mendesak untuk diberikan status calon rasmi bagi menyertai EU.

    Perancis pada masa ini memegang giliran jawatan presiden EU sehingga akhir bulan Jun dengan Jerman dan Itali melihat aspirasi Ukraine untuk menyertai negara itu dengan baik.

    Dalam pada itu, pegawai dan pemimpin negara tersebut mengingatkan bahawa, walaupun dengan status pencalonan, keahlian boleh mengambil masa bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad.

    Meskipun terdapat keraguan dalam kalangan beberapa buah negara anggota, pemimpin EU dijangka meluluskan status calon Ukraine, walaupun dengan syarat tegas yang ditentukan.

    Di antara tokoh terkemuka lain yang melawat Ukraine sejak permulaan perang termasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...