Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Pemimpin Eropah lancar komuniti politik

    PRAGUE, 6 OKT – Pemimpin dari kira-kira 44 negara berhimpun hari ini untuk melancarkan ‘Komuniti Politik Eropah’ bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kemakmuran ekonomi di seluruh benua, dengan Rusia satu-satunya pemimpin utama Eropah yang tidak dijemput.

    Pertemuan itu diadakan di ibu negara Czech, Prague adalah cetusan idea Presiden Perancis Emmanuel Macron dan disokong oleh Canselor Jerman Olaf Scholz. Ia berlaku di tengah-tengah latar belakang perang Rusia ke atas Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, dan ketika tekanan semakin meningkat untuk membenarkan Ukraine menyertai Kesatuan Eropah.

    Sidang kemuncak tersebut akan melibatkan 27 negara anggota EU, bakal rakan kongsi di Balkan dan Eropah Timur, serta negara jiran seperti Britain dengan satu-satunya negara yang telah meninggalkan EU dan Turki.

    “Pertemuan ini adalah satu cara untuk mencari pemimpin baharu tanpa Rusia. Ia tidak bermakna kita mahu mengecualikan Rusia selama-lamanya, tetapi Rusia kini milik Putin dan ia tidak mempunyai tempat,” kata ketua dasar luar EU Josep Borrell kepada pemberita.

    “Malangnya awda tidak boleh membina perintah keselamatan dengan Rusia. Rusia dipinggirkan,” kata Borrell.

    Pengkritik mendakwa forum baharu tersebut adalah percubaan untuk menghentikan pembesaran EU. Orang lain takut ia mungkin menjadi bualan ramai, mungkin bertemu sekali atau dua kali setahun tetapi tanpa pengaruh atau kandungan sebenar. Dalam ucapan mendedahkan ideanya pada bulan Mei, Macron mungkin telah mencetuskan kebimbangan pembesaran.

    “Peperangan di Ukraine dan aspirasi sah rakyatnya, sama seperti Moldova dan Georgia, untuk menyertai Kesatuan Eropah, mendorong kami untuk memikirkan semula geografi kami dan organisasi benua kami,” katanya. – AP

    Gambar fail menunjukkan Presiden Perancis semasa bercakap pada sidang kemuncak EU di Brussels, 24 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...