Pemimpin EU sepakat peruntukan bajet untuk pasca-COVID-19

BRUSSELS, 21 JULAI – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan penting pada Selasa selepas berunding selama empat hari mengenai bajet untuk tempoh tujuh tahun akan datang dan dana pemulihan besar-besaran di tengah-tengah pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kesepakatan bernilai €1.82 trilion (kira-kira AS$2.1 trilion), belum pernah berlaku sebelum ini, diumumkan untuk menghadapi kemelesetan terburuk dalam sejarah EU.

Presiden Majlis Eropah Charles Michel berkata perjanjian itu ‘menunjukkan kepercayaan kita untuk masa depan bersama.’

Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memuji kesepakatan berkenaan yang sekaligus menjadi isyarat bahawa ‘Eropah mampu untuk bertindak.’ – Bernama