BANJUL, Gambia, 22 Jan – Pemimpin Gambia Yahya Jammeh semalam meninggalkan negara yang telah dipimpinnya selama 22 tahun untuk melepaskan kuasanya kepada Presiden Adama Barrow dan menamatkan krisis politik.
Jammeh enggan meletak jawatan selepas pilihan raya 1 Disember lalu yang mana Barrow telah diisytiharkan sebagai pemenang, yang mencetuskan ketidakpastian berminggu-minggu yang hampir berakhir dengan campur tangan tentera yang melibatkan lima lagi negara-negara barat Afrika.
Pemimpin yang telah lama memimpin itu, mengenakan pakaian biasanya iaitu jubah putih, melambai-lambaikan tangannya kepada para penyokong sebelum menaiki kapal terbang kecil tidak bertanda di lapangan terbang Binjul bersama-sama presiden Guinea Alpha Conde selepas rundingan dua hari berhubung urusan pemergian.
Dia telah mendarat di Conakry, bandar Guinea tetapi terbang lagi ke Equatorial Guinea yang mana dia akan terus hidup dalam buangan di situ, menurut presiden Masyarakat Ekonomi Negara-Negara Barat Afrika (ECOWAS), Marcel Alain de Souza dalam sidang media Dakar. – AFP
