Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemimpin kanan IS diberkas di Turkiye

    ANKARA, TURKIYE, 9 SEPT – Polis Turkiye dan pasukan perisikan telah berjaya menangkap seorang anggota kanan kumpulan Islamic State (IS), Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan dalam satu kenyataan.

    Erdogan mengenal pasti anggota yang ditangkap itu sebagai Bashar Hattab Ghazal Al Sumaidai dan berkata dia dikenali dengan nama kodnya Abu Zeyd, lapor agensi Anadolu.

    Pengganas itu diberkas dalam operasi bersama yang dijalankan oleh polis dan agensi perisikan Turkiye yang memantau hubungannya di Syria dan Istanbul dan telah menerima risikan bahawa dia akan memasuki Turkiye secara haram, kata Erdogan.

    Pemimpin Turkiye itu membuat pengumuman kelmarin selepas kembali dari lawatan tiga hari ke negara-negara Balkan. Pengganas itu diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman selepas disoal siasat oleh polis dan pegawai perisikan, kata Erdogan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...