Pemimpin kanan Khmer Rouge akan rayu sabitan genosid

PHNOM PENH, 12 OGOS – Satu-satunua pemimpin kanan Khmer Rouge yang masih hidup akan mula membuat rayuan minggu depan terhadap hukuman penjara seumur hidup ke atasnya bagi peranannya dalam genosid yang dilakukan oleh rejim di Kemboja lebih empat dekad lalu.

Khmer Rouge yang dipimpin oleh Brother Number 1, Pol Pot, menyebabkan kematian kira-kira dua juta penduduk Kemboja akibat kerja berat, kelaparan dan pembunuhan beramai-ramai dari 1975 hingga 1979.

Bekas ketua negara rejim berkenaan, Khieu Samphan, 90, pada Isnin depan akan mencabar sabitan 2018 bagi genosid terhadap minoriti etnik Vietnam.

Dia disabit bersalah bersama Brother Number 2, Nuon Chea dan dihukum penjara seumur hidup bagi genosid dan pelbagai jenayah lain termasuk memaksa perkahwinan dan rogol. – AFP