Pemimpin Kanan Korea U hadiri pelantikan presiden Nicaragua

PYONGYANG, Korea Utara, 6 Jan – Seorang delegasi kanan Korea Utara meninggalkan Pyongyang hari ini untuk menghadiri pelantikan Presiden Nicaragua baru, Daniel Ortega.

Choe Ryong Hae, pembantu rapat kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengetuai delegasi sebagai utusan khas.

Choe sudah menjadi wakil popular di luar negara bagi kerajaan Korea Utara dengan lawatan selalunya keluar negeri akhir-akhir ini.

Dia adalah naib pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negeri, salah satu institusi Korea Utara paling berkuasa, dan naib pengerusi Jawatankuasa Tengah bagi Parti Pekerja Korea, di samping menjadi anggota politburo.

Kim Jong Un belum lagi membuat lawatan rasmi keluar negara walaupun dia sudah berkuasa selama lebih lima tahun.

Sementara itu, Choe telah berkhidmat sebagai utusan khas Kim dalam misi ke Moscow dan Beijing pada masa lalu dan baru-baru ini mengetuai delegasi Pyongyang ke Cuba bagi pengebumian Fidel Castro. Sebelum itu, dia mengetuai penyertaan Korea Utara semasa Sukan Olimpik Rio.

Kunjungan Choe ke Nicaragua muncul ketika Korea Utara berdepan tekanan antarabangsa yang meningkat selepas dua ujian nuklear dan ujian satelit dilancarkan pada 2016. – AP