SEOUL, 10 MEI – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un kelmarin menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Vladimir Putin sempena Victory Day yang disambut Rusia, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Kim antara lain menyatakan “solidariti teguh negaranya kepada perjuangan rakyat Rusia untuk menghapuskan ancaman politik serta peras ugut oleh pasukan musuh dan menjaga maruah, keamanan serta keselamatan negara.”
“Hubungan persahabatan tradisi dan strategik antara kedua-dua negara akan terus berkembang selaras dengan keperluan zaman,” menurut Kim. – Bernama