Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin NZ tidak setuju pengharaman pelarian

    WELLINGTON, New Zealand – Perdana Menteri New Zealand, Bill English berkata, beliau memberitahu Presiden Donald Trump semasa panggilan telefon bahawa beliau tidak bersetuju terhadap tegahan perjalanan dan pelarian beliau.

    Walau bagaimanapun perbualan tetap dijalankan secara baik.

    Minggu lepas Trump memberikan cadangan perubahan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull terhadap perjanjian Australia yang dicapai dengan pentadbiran Obama untuk menempatkan para pelarian di Amerika Syarikat.

    Gambar fail pada 21 Mei 2015 menunjukkan Bill English ketika berucap di Wellington, New Zealand. English berkata, beliau tidak bersetuju terhadap tegahan perjalanan dan pelarian yang dikenakan Trump. – AP
    Gambar fail pada 21 Mei 2015 menunjukkan Bill English ketika berucap di Wellington, New Zealand. English berkata, beliau tidak bersetuju terhadap tegahan perjalanan dan pelarian yang dikenakan Trump. – AP

    Sebaliknya, English hari ini memberitahu kepada Radio New Zealand bahawa panggilan 15 minit dengan Trump kelmarin adalah ‘masuk akal, perbincangan sopan’ yang mengesahkan hubungan baik antara negara-negara tersebut.

    English berkata kepada Trump beliau tidak bersetuju dengan pengharaman pelarian tetapi tidak mencaci terhadapnya.

    “Saya tidak memarahi beliau, walaupun banyak orang mungkin suka kita untuk berbuat demikian,” kata English. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda