Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pemimpin pembangkang Kemboja gesa tuduhan khianat digugurkan

    PHNOM PENH, 19 JAN – Pemimpin pembangkang Kemboja, Kem Sokha hari ini menggesa agar tuduhan pengkhianatan terhadapnya digugurkan semasa perbicaraannya disambung semula selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

    Kes ke atas Sokha yang berusia 68 tahun itu dikecam sebagai bermotifkan politik.

    Dia dibicarakan atas tuduhan konspirasi bersama entiti asing untuk menggulingkan kerajaan pentadbiran Hun Sen, menurut dokumen mahkamah – tuduhan yang dinafikannya.

    Ketika dia meninggalkan rumahnya hari ini, dia menggesa agar mahkamah menggugurkan kes tersebut.

    “Saya sudah lama menunggu perbicaraan ini disambung semula oleh itu perkara ini dapat diakhiri,” ujarnya kepada wartawan.

    “Hari ini, saya berharap mahkamah akan memutuskan untuk menggugurkan dakwaan ke atas saya oleh itu kami boleh bergerak bagi perdamaian negara,” katanya.

    Menurutnya lagi, dia berharap akan dapat bertanding bagi pilihan raya kebangsaan pada tahun depan.

    Selepas mendengar beberapa bukti, hakim-hakim memutuskan kes itu diteruskan pada hari Selasa, kata para peguam. – AFP

    Kem Sokha (tengah) semasa bercakap kepada media di rumahnya sebelum ke mahkamah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...