Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pemimpin rangkaian perniagaan berhimpun

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Borneo Bulletin Yearbook (BBYB) mula di perkenalkan pada 1993 dan sejak itu, ia diterbitkan setiap tahun dan diedarkan menerusi penebusan dalam surat akhbar, Borneo Bulletin dan Media Permata.

    Kini, BBYB bukan sahaja boleh didapatkan dalam bentuk cetakan tetapi juga dalam ruang digital di mana dengan edaran lebih 50,000, BBYB telah menjadi panduan perniagaan yang amat dicari bagi Brunei.

    Pada 2022, laman sesawang BBYB telah mendaftarkan 2.2 juta paparan halaman dan 6 juta hit, kata Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Mohd Najmuddin bin Abdul Razak dalam ucapan alu-aluannya pada Sesi Rangkaian BBYB 2022 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Pa-duka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau, pemimpin industri daripada komuniti perniagaan, pegawai utama daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor awam dan swasta.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew berbual bersama wakil salah sebuah syarikat yang menyertai pameran.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyaksikan pameran semasa acara berkenaan.

    Mohd Najmuddin berkata bahawa bersempena penerbitan tahun ke-30, BBYB 2023 akan mengetengahkan tema Building The Future, di mana ia akan menyediakan pandangan mendalam kepada inisiatif-inisiatif oleh kerajaan untuk menyokong pertumbuhan industri utama dalam negara, merentas pelbagai sektor.

    Salah satu sorotan utama bagi edisi 2023 adalah seksyen khas bagi pemimpin perniagaan yang berjaya dan memberi inspirasi serta masa hadapan negara iaitu belia Brunei daripada pelbagai bidang, tambahnya.

    Pada Januari 2021, Rangka Tindakan Ekonomi Brunei Darussalam dilancarkan untuk merangka hala tuju ekonomi negara ke arah mencapai matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035, sebuah ekonomi mampan dan dinamik.

    Rangka tindakan itu bertujuan sebagai panduan untuk menyelaraskan dasar, strategi dan inisiatif oleh kerajaan dan sektor swasta ke arah mencapai matlamat berkenaan.

    Menurutnya lagi, kejayaan rangka tindakan itu, dijangka akan membantu negara bergerak daripada sebuah ekonomi yang bergantung pada minyak dan gas kepada sebuah ekonomi mampan dan dinamik.

    BBYB 2022 yang membawa tema Dynamic & Sustainable, An Economy of Opportunity, mengetengahkan pandangan kepada inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyokong pertumbuhan beberapa industri dalam negara merentasi pelbagai sektor.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...