Pemimpin Sabah, Sarawak digesa sepakat

 

KOTA KINABALU, 14 April – Kecewa dengan kegagalan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan, Majlis Belia Sabah menggesa pemimpin Sabah dan Sarawak sepakat dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain memastikan pendirian mereka adalah demi kepentingan rakyat, bukan untuk kelangsungan politik.

Timbalan Presidennya, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, walaupun cadangan pindaan Perkara 1(2) itu gagal mendapat sokongan dua pertiga anggota Parlimen, pemimpin Sabah dan Sarawak masih mempunyai peluang untuk mengubah keadaan demi mengembalikan status kedua-dua negeri sebagai rakan kongsi sama tara dengan Semenanjung.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)