Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Pemimpin Sri Lanka usul rancangan 25 tahun

    COLOMBO, SRI LANKA, 3 OGOS – Presiden baharu Sri Lanka berkata hari ini kerajaannya sedang menyediakan pelan hala tuju dasar negara 25 tahun akan datang yang bertujuan untuk mengurangkan hutang awam dan menjadikan negara itu ekonomi eksport yang kompetitif ketika ia mencari jalan keluar menangani bencana ekonomi terburuknya.

    Presiden Ranil Wickremesinghe dalam ucapannya di Parlimen berkata Sri Lanka memerlukan penyelesaian jangka panjang dan asas kukuh untuk menghentikan krisis ekonomi berulang.

    Protes awam besar-besaran telah menyalahkan pemimpin terdahulu yang digulingkan, Gotabaya Rajapakasa dan keluarganya yang berkuasa selama bertahun-tahun atas salah urus dan rasuah yang telah memufliskan negara dan menyebabkan kekurangan import penting yang belum pernah terjadi sebelumnya seperti bahan api, ubat dan gas memasak.

    Tetapi masih ramai yang ragu-ragu dengan Wickremesinghe dan menuduhnya cuba melindungi bekas pemimpin dan saudara-maranya.

    Sri Lanka mengumumkan pada April bahawa ia menangguhkan pembayaran balik pinjaman asing. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...