Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pemimpin S’wak perlu bincang pelaksanaan undang-undang larang ADUN lompat parti

    KUCHING, 29 JULAI – Pemimpin tertinggi parti politik Sarawak perlu berbincang dan membuat keputusan bagi pelaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti di negeri itu.

    Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata secara prinsip beliau menyokong larangan melompat parti itu diguna pakai di Sarawak serta Dewan Undangan Negeri itu.

    Namun jelasnya satu kajian terperinci perlu dilaksanakan mengenai peruntukan itu supaya bersesuaian dengan undang-undang negeri sedia ada.

    “Jika pemimpin kita telah buat keputusan muktamad dalam segala aspek pindaan yang diperlukan kita boleh bawa perkara ini ke DUN.

    “Mungkin (boleh dibentangkan) dalam persidangan DUN yang bakal diadakan pada November nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...