Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin teknologi beri amaran senjata robotik

    SAN FRANCISCO, 21 Ogos – Lebih 100 peneraju robotik dan kecerdasan buatan termasuklah jutawan Elon Musk menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) supaya mengambil tindakan ke atas bahaya senjata berautonomi yang dikenali sebagai ‘robot-robot pembunuh’.

    “Senjata berautonomi berbahaya mengancam menjadi revolusi ketiga peperangan,” surat yang ditandatangani oleh 116 tokoh teknologi terkenal, termasuklah Musk, ketua Tesla dan Mustafa Suleyman, pengasas bersama DeepMind, Google, memberi amaran.

    Menurut surat berkenaan, sebaik sahaja dimajukan ia akan membolehkan konflik bersenjata dicetuskan pada sekala yang lebih besar dari sebelumnya dan ada masanya menjadi lebih pantas daripada apa yang boleh difahami oleh manusia.”

    “Ia boleh menjadi senjata keganasan, senjata yang digunakan oleh pemerintah kuku besi dan pengganas ke atas penduduk yang tidak bersalah, dan senjata yang digunakan untuk berkelakuan dalam cara yang tidak diingini.

    “Mereka menambah kata, ‘Kita tidak perlu menunggul lama untuk bertindak. Sebaik kotak Pandora ini dibuka, ia akan sukar untuk ditutup.”

    Sebuah kumpulan PBB yang menumpu pada jenis-jenis senjata ini yang sepatutnya mengadakan pertemuan pada hari ini, tetapi telah dibatalkan dan ditangguhkan sehingga November, menurut laman sesawang badan antarabangsa itu.

    Dalam tahun 2015, beribu-ribu penyelidik dan personaliti telah melancarkan rayuan supaya senjata berautonomi ini diharamkan.

    “Musk dan seorang ahli astrofizik yang terkenal dari Britain, Stephen Hawking kerap memberi amaran tentang ‘bahaya-bahaya’ perisikan buatan, dengan terutamanya merujuk kepada ‘robot pembunuh.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda