Pemimpin wanita kongsi pengalaman

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam hari ini mengadakan webinar mengenai Pemimpin Wanita dalam Industri dan Perniagaan di Brunei dan Bangladesh sempena memperingati ulang tahun kemerdekaan Bangladesh ke-50.

Hadir selaku penceramah dalam webinar berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Dayang Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib; Pengurus Eksekutif Anugerah Makanan Brunei, Dayang Hamidah Ismail; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Green Delta Insurance Company Ltd, Farzanah Chowdhury dan ahli Lembaga Yayasan PKS, Mantasha Ahmed yang juga usahawan dan aktivis sosial.

Sesi interaktif pula dikendalikan oleh penolong profesor di Universiti Teknologi Brunei, Dr Malai Zeity binti Abdul Hamid.

Sepanjang webinar berkenaan, para penceramah berkongsi mengenai perjalanan dan pengalaman mereka untuk mencapai ke tahap kedudukan mereka sekarang dan bercakap tentang kepakaran dalam industri yang terlibat dan bagaimana meningkatkan kerjasama antara kedua-dua buah negara.

Antara yang mengikuti sesi webinar yang diadakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam.