Peminat Atletico punca COVID-19 di England?

LONDON, 24 APRIL – Salah seorang dari datuk bandar Liverpool telah meminta untuk menjalankan satu siasatan berhubung dengan perlawanan Liga Juara-Juara Liverpool menentang Atletico Madrid dibenarkan untuk diteruskan di hadapan 52,000 penyokong bulan lalu.

Meskipun perlawanan tersebut mengambil tempat selepas rancangan untuk mengadakan perlawanan La Liga tanpa kehadiran peminat telah dipersetujui, 3,000 orang penyokong pelawat telah dibenarkan untuk membuat perjalanan dari Sepanyol dan menyaksikan perlawanan di Anfield pada 11 Mac.

Beberapa hari selepas itu, Sepanyol telah memutuskan perintah berkurung di seluruh negara dan tidak membenarkan perhimpunan besar-besaran, termasuk kesemua pertandingan sukan utama, Britain turut membatalkan kejohanan.

Madrid merupakan salah sebuah bandar yang terjejas teruk dilanda koronavirus dan datuk bandar ibu kota Sepanyol, Jose Luis Martinez-Almeida berkata ia adalah satu ‘kesilapan’ untuk meneruskan perlawanan itu.

“Jika orang yang dijangkiti koronavirus kerana kejohanan sukan, maka kami rasa ia tidak sepatutnya diadakan, ia akan menjadi satu kesalahan,” Steve Rotheram, Datuk bandar di rantau bandar Liverpool, memberitahu BBC.

“Siasatan perlu dijalankan untuk mengetahui sama ada beberapa orang dari yang dijangkiti datangnya dari pe-minat Atletico. Terdapat beberapa buah bandar yang teruk terjejas, dan Madrid adalah salah satu daripadanya.

“Mereka tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan di negara mereka sendiri, tetapi 3,000 orang dari peminat mereka datang ke tempat kami dan berpotensi menyebarkan wabak koronavirus. “Ia adalah sesuatu yang patut diperhatikan, dan ia memerlukan kerajaan mengambil tanggungjawab kerana tidak mengenakan perintah berkurung dengan lebih awal.”

Kerajaan UK menegaskan mereka mengikut nasihat saintifik, Angela McLean, berkata pada Isnin lalu bahawa jangkitan di Liverpool disebabkan oleh perlawanan menentang Atletico adalah ‘andaian yang menarik’. Atletico Madrid menang perlawanan tersebut 3-2 selepas masa tambahan untuk menyingkirkan juara bertahan dengan agregat 4-2 dan mara ke pusingan suku akhir. – AFP

Siasatan bakal dijalankan berhubung dengan perlawanan Liga Juara-Juara Liverpool menentang Atletico Madrid untuk mengesahkan sama ada peminat Atletico Madrid telah dijangkiti COVID-19 semasa perlawanan tersebut. – AFP