Tindakan bintang pop, Britney Spears, 41, memuat naik foto bogel di Instagram (IG), mengejutkan peminat hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan mental dirinya.
Dalam beberapa hantaran di IG, Spears tampil tanpa seurat benang dan sekadar menutup bahagian sulit dengan ‘emoticons’.
Melalui kapsyen, Spears memberitahu, foto itu dirakam sebelum dia mendapat tahu dirinya berbadan dua.
“Letakkan foto tempoh hari ketika berada di Mexico sebelum ada anak damit dalam perut saya. Kenapa pula saya kelihatan 10 tahun lebih muda ketika bercuti? Saya sayang awda semua,” tulisnya.
Menyemak ruang komen, Spears yang mempunyai lebih 40 juta pengikut IG, dihujani pelbagai reaksi peminat termasuk mereka yang bimbang dengan tahap kesihatan mental penyanyi itu.
Warganet turut mengaitkan tindakan Spears berkongsi foto itu gara-gara kes pemilikan harta dan kehidupan yang dikawal ketat bapanya sebelum ini. Baru-baru ini, Spears mengumumkan dia hamil hasil hubungan bersama teman lelaki, Sam Asghari. – Agensi