Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat bimbang Syafiq Farhain pakai baju hospital

    Perkongsian penyanyi Syafiq Farhain di Instastory yang memperlihatkan dirinya berada di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) dengan memakai pakaian hospital menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

    Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, menjelaskan dia ditugaskan untuk melakukan sanitasi setiap kenderaan yang membawa pesakit COVID-19 di pusat kuarantin itu.

    “Saya berada di Maeps bukan sebab kena jalani kuarantin tetapi saya bertugas di sini. Hari ini hari pertama saya bertugas bersama pasukan seramai lima orang.

    “Kami ditugaskan untuk mensanitasi semua kenderaan yang membawa pesakit COVID-19. Macam hari ini, saya bertugas 24 jam dari pukul 9 pagi hingga 9 pagi, esok.

    “Untuk sesi pagi ini, tak banyak kenderaan yang masuk tapi mungkin petang nanti baru banyak. Sebab katanya selalu dalam sehari ada 100 hingga 200 kenderaan bawa pesakit,” katanya kepada wartawan.

    Terdahulu, penyanyi lagu Kau Bidadari itu berkongsi video dia berada di pusat kuarantin Maeps menerusi laman Instastory miliknya baru-baru ini.

    Untuk rekod, Syafiq pernah disahkan positif COVID-19 pada Februari lalu selepas mengalami rasa tidak sihat badan dan mengambil keputusan melakukan ujian saringan. – Agensi

    Syafiq Farhain bahawa memakai pakaian hospital adalah disebabkan ditugaskan untuk melakukan sanitasi setiap kenderaan yang membawa pesakit COVID-19 di pusat kuarantin.- Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda