Peminat bola sepak Liga Belarus dalam kerisauan

MINSK, 26 APRIL – Ketika Belarus menolak untuk mengenakan perintah berkurung untuk mencegah koronavirus, liga bola sepak mereka telah menjadi perhatian antarabangsa sebagai satu-satunya persaingan liga utama di Eropah.

Tetapi pemain-pemain risau mengenai risiko kesihatan dan hanya peminat tegar yang berani menghadiri perlawanan.

Penyokong FC Slutsk, Yohar Khavanski, 26 merasa ‘sedikit takut’ tetapi tidak boleh membayangkan tidak menyaksikan perlawanan bola sepak pada hujung minggu.

Pada hari Ahad, dia berhasrat untuk memakai penutup mulut dan skarf FC Slutsk dan ‘sila jangan sentuh sesiapa’ pada berlawanan menentang pasukan musuh, Belshina Bobruisk.

“Stadium boleh memuatkan seramai 2,000 orang, tetapi hanya 300 orang yang datang pada perlawanan lepas. Anda boleh duduk di mana sahaja yang anda mahukan dan mengekalkan jarak anda,” dia memberitahu AFP menerusi telefon.

Khavanski berkata dia akan tetapi menghadiri perlawanan, tanpa mengira risiko. Bagi pandangannya, dia berdepan ‘kemungkinan yang serupa dijangkiti dalam pengangkutan awam atau di dalam kedai.”

Dengan jumlah penduduk hampir 10 juta orang, Belarus mencatatkan 9,590 kes koronavirus. Negara jiran, Ukraine, dengan populasi empat kali ganda lebih tinggi, mencatatkan kes yang lebih sedikit.

Persatuan Bolasepak Belarus (BFF) telah mengikut garis panduan kerajaan, mengatakan ia tidak akan menghalang perlawanan di bawah garis panduan kini.

BFF turut memaklumkan minggu ini bahawa liga wanita mereka akan bermula pada 30 April berikutan penundaan selama dua minggu dengan pemain risau melakukan kontak bersama dengan orang yang dijangkiti virus. – AFP