Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Peminat ditahan, serang pemain Forest

    LONDON, 7 FEB – Polis berkata seorang lelaki telah ditahan selepas seorang peminat berlari ke padang dan menyerang pemain Nottingham Forest ketika meraikan gol semasa kemenangan 4-1 Piala FA menentang Leicester.

    Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan seorang penyokong melepaskan tumbukan ke arah pemain Forest ketika me-reka meraikan gol ketiga mereka pada minit ke-32 permainan di City Ground, sebelum dia ditarik turun oleh dua penjaga.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perlawanan kelmarin, Leicester berkata:

    “Kelab terkejut dengan kelakuan sedemikian dan memohon maaf kepada Nottingham Forest dan pemainnya yang keselamatannya telah terjejas.

    “Kami memuji tindakan pantas yang diambil oleh penjaga City Ground dalam menangkap individu terbabit, yang akan dikenakan lara-ngan seumur hidup daripada semua perlawanan Leicester City di gelanggang sendiri dan di gelanggang lawan.”

    Insiden itu melengkapkan hari yang mengerikan di dalam dan di luar padang bagi juara bertahan Piala FA apabila mereka ditewaskan oleh pasukan Kejuaraan.

    Pengurus Leicester, Brendan Rodgers menyalahkan tiadanya rasa hormat bagi peningkatan tindakan ganas oleh penyokong musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...