Peminat EPL kembali ke stadium

LONDON, 5 MEI – Peminat akan kembali ke stadium di Liga Perdana Inggeris buat dua pusingan akhir perlawanan musim ini pada hujung bulan ini, tertakluk kepada jangkaan kerajaan United Kingdom (UK) untuk melonggarkan sekatan.

Di bawah peta jalan perintah berkurung kerajaan, peminat sehingga 10,000 atau 25 peratus kapasiti akan dibenarkan bermula 17 Mei.

Oleh itu, Liga Perdana Inggeris telah mengubah jadual perlawanan bagi memastikan setiap 20 pasukan mendapat peluang untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu perlawanan di laman sendiri dengan kehadiran peminat.

UK memberikan lebih 34 juta penduduknya vaksin dos pertama dengan kes dan jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital akibat koronavirus menurun.

Penggantungan eksperimen dengan kehadiran peminat paling ramai 4,000 orang di kawasan yang mempunyai kadar COVID-19 rendah pada Disember, keseluruhan musim 2020/20221 telah dilangsungkan tanpa kehadiran peminat. – AFP