Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Peminat harap Shuib dan Zara Zya bertemu jodoh

    Perkongsian gambar bersama antara Shuib dan pelakon Zara Zya terus mengundangkan persoalan dalam kalangan warganet tentang hubungan sebenar mereka.

    Meskipun kedua-duanya pernah menafikan wujud perasaan cinta antara mereka, namun peminat masih mendoakan agar Shuib dan Zara bertemu jodoh selepas pemergian isteri pelawak berkenaan iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

    Ada juga yang mahu mereka berterus-terang soal gambar tersebut kerana bimbang anggapan orang ramai boleh menyebabkan fitnah.

    “Selamat sampai ke jinjang pelamin.

    “Jadi berjodoh pun okey sangat.

    “Kenapa post bagi kapsyen mengundang? Lurus tegak supaya tidak cipta ruang fitnah,” komen warganet.

    Shuib dan Zara sebelum itu berkongsi satu video beberapa keping gambar mereka berdua dan menerusi ruangan kapsyen, Shuib seakan-akan tidak pasti untuk membuat pilihan.

    “Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Di tengah-tengah. Macam mana tu? Boleh tolong jelaskan tak awak Zara Zya,” tulisnya.

    Sementara itu jawapan yang diberikan Zara pun tidak menjelaskan tujuan sebenar pertemuan tersebut dan disebabkan itu ramai yang anggap mereka ada hubungan istimewa.

    “Segan nak jelaskan Shuib,” jawabnya.

    Sebelum ini nama Zara juga pernah disebut-sebut sebagai wanita yang dekat dengan Shuib selepas beberapa kali mereka kongsi gambar bersama.

    Selain Zara, pelakon Wan Sharmila juga turut dikatakan rapat dengan Shuib selepas dia hadir ke majlis tahlil setahun pemergian Sarah selain meluangkan masa bersama anak perempuan pelawak itu. – Agensi

    Sebelum ini nama Zara juga pernah disebut-sebut sebagai wanita yang dekat dengan Shuib selepas beberapa kali mereka kongsi gambar bersama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...