Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Peminat hasut Iqbal suruh saman Ajai

    Tersingkir pada minggu kedua program nyanyian Big Stage 2022, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu.

    Menerima keputusan juri dengan hati terbuka, Iqbal, 28, berkata dia meletakkan harapan untuk kekal berada dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik semasa persembahannya itu.

    “Sejujurnya sedikit kecewa tersingkir, saya ada letak harapan hendak kekal dan teruskan menyertai program ini.

    Saya pun sedang belajar, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru hendak rapat.

    “Tapi nampaknya tidak ada rezeki untuk saya teruskan, saya pun sedar mungkin akan tersingkir sebab tu saya buat yang terbaik di konsert minggu kedua.

    Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu. – Agensi

    “Secara keseluruhannya saya bangga dengan diri sendiri, saya melangkah berani dan semua orang di dewan beri sorakan meraikan saya.

    “Alhamdulillah ramai sudah mula suka dan nampak semangat saya, mereka puji kata saya berjiwa kental dan merendah diri.

    Memang ramai yang mesej beri kata semangat,” katanya kepada mStar.

    Pada konsert minggu kedua, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan mendapat markah tercorot iaitu 9.2 peratus sekali gus gagal meneruskan perjuangan.

    Menurut juri tetap iaitu Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

    “Kamu tidak berbakat dalam nyanyian.

    “Bakat ini adalah pemberian, straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tidak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.”

    Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan kritikan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...