Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat kenang jasa Taylor Swift

    LOS ANGELES – Sifat dermawan selama ini tersimpan dalam diri Taylor Swift meskipun dia kerap mendapat persepsi negatif.

    Ternyata, seorang peminat setia bernama Stephanie mengongsikan sifat murah hati penyanyi itu melalui aplikasi baru, The Swift Life sehingga kehidupannya berubah menjadi lebih baik.

    Di situ, Stephanie mengenang kembali masa-masa sulit yang dialaminya ketika dia sedang hamil sehingga Taylor Swift begitu bermurah hati untuk membelikan rumah untuknya.

    Kisah bermula apabila ibu Stephanie telah bertemu dengan Taylor sewaktu menghadiri konsert 1989 di Manchester dan menceritakan keperibadian wanita itu dengan penyanyi lagu Shake It Off itu.

    Setelah pertunjukan, Taylor telah menjemput Stephanie dan ibunya ke bilik persalinan dan menjelaskan bahawa dia ingin membantu untuk mengubah kehidupannya ke arah lebih positif dan membelikannya rumah.

    Taylor Swift jelas memiliki sifat dermawan sehingga pernah membelikan rumah untuk peminatnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda