Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Peminat lebih gemar lagu lama’

    Penyanyi lama terpaksa akur peminat enggan mendengar lagu baharu kerana sukar mengikis minat terhadap lagu hits lama.

    Perkara ini didedahkan penyanyi dan komposer bergelar sifu, Datuk M Nasir, 64.

    M Nasir berkata, peminat yang memuja penyanyi lama tidak mahu mendengarkan buah tangan terbaharu artis berkenaan.

    Sebaliknya, katanya, hanya segelintir peminat tegar yang akan menyokong penyanyi pujaan, tetapi itu pun hanya beberapa kerat sahaja.

    “Apabila penyanyi lama ingin menghasilkan album baharu, sebenarnya ia bukan mudah. Kalau hendak buat lagu baharu, orang tak mahu dengar. Mereka memang memuja artis, tetapi ada peminat lebih menggemari lagu lama yang hits.

    M Nasir akui, lagu dengan sentuhan muzik lama masih digemari, malah, sangat popular apabila dinyanyikan semula penyanyi generasi baharu. – Agensi

    “Tak dinafikan, peminat tegar akan bertanya bila penyanyi pujaan akan mengeluarkan album, tetapi berapa kerat akan menyokong? Ini kerana peminat sudah terbiasa mendengarkan penyanyi pujaan menyanyikan lagu hits lama.

    Bagi mereka, lagu hits lama sudah cukup sedap, jadi sukar terima jika dengar lagu baharu.

    “Saya melihat sentuhan lagu lama dengan baharu berbeza, itu membuatkan kenapa peminat sukar menerima karya baharu penyanyi lama,” katanya kepada media.

    Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Singapura yang sudah berkecimpung dalam dunia muzik sejak empat dekad lalu itu berkata, lagu dengan sentuhan muzik lama masih digemari, malah, sangat popular.

    Namun, katanya, ia bukannya dinyanyikan penyanyi lama, sebaliknya penyanyi baharu.

    Katanya, industri rakaman kini adalah industri penyanyi dan personaliti. Peminat menggemari penyanyi disebabkan personaliti dan imej artis berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...