Peminat liga Denmark dibenarkan masuk stadium

BRONDBY, DENMARK, 22 JUN – Chris yang berusia 41 tahun, cukup teruja peminat kembali ke stadium dan mengatakan “pengalaman terbaik dalam hidup saya.”

Ditanyakan apa pengalaman terbaik itu. Adakah perkahwinan, menjadi seorang bapa, pekerjaan baharu dengan gaji tinggi?

“Tidak,” kata Chris. Yang dimaksudkannya ialah akhirnya dia boleh kembali menghadiri perlawanan bola sepak liga Denmark bersama dengan 3,000 peminat yang lain untuk menyaksikan perlawanan anatara Brondby dan Copenhagen semalam.

“Selepas tiga bulan stadium bola sepak ditutup, kepulangan ini adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya,” kata Chris.

Di Denmark, jumlah melakukan acara keramaian telah dihad kepada 500 orang sejak sekatan itu tetapi perlawanan semalam membenarkan 3,000 orang memasuki stadium mengikut protokol kesihatan koronavirus yang ketat.

Pengawal stadium memerhatikan peminat melakukan penjarakan sosial ketika menghadiri perlawanan amtara Brondy menentang FC Copenhagen di stadium Brondby, Denmark semalam. Perlawanan pertama di ibu negara Denmark dimainkan dengan peminat, yang membolehkan 3,000 penonton hadir di perlawanan itu. – AFP

Kini pihak berkuasa akan menilai kemungkinan meningkatkan jumlah orang yang hadir di stadium secara lebih teratur.

Di dalam stadium semalam, penyokong diminta untuk melakukan penjarakan sosial dua meter dengan kapasiti stadium sebesar 28,000. Walaupun begitu, peminat melihat dari sudut yang baik. “Rasanya ada 30,000 di sini hari ini,” kata Emil, 22.

“Saya sangat merindui stadium dan begitu juga dengan semua orang. Sangat gembira dapat kembali.”

Liga Denmark telah disambung semula pada 28 Mei lalu di stadium tertutup.

Bola sepak di Eropah perlahan-lahan kembali normal walaupun liga utama England, Sepanyol, Itali dan Jerman juga kembali tanpa penyokong. – AFP